Dr Siti Mariah Mahmud berkata hanya satu kes dilaporkan pada 21 Okt lepas dan pesakit tersebut kini telah sembuh sepenuhnya. – Gambar fail
SHAH ALAM: Tiada kes taun atau kolera baharu dilaporkan di Selangor setakat ini namun langkah pemantauan masih diteruskan dengan ujian segera dilakukan kepada pesakit yang mengalami cirit-birit, muntah dan demam bagi mengesan penyakit itu.
Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata hanya satu kes dilaporkan pada 21 Okt lepas dan pesakit tersebut kini telah sembuh sepenuhnya.
“Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah melakukan ujian pengesanan di semua lokasi yang terlibat dan semua ujian tersebut adalah negatif. Alhamdulillah, tiada kes tambahan dan kes kini kosong jadi kami tidaklah kata ia sebagai epidemik.