Program pertama SUKA DUN N01 Sungai Air Tawar – turun padang menyantuni masyarakat setempat mendapat perhatian yang sangat positif dari orang ramai walaupun baru pertama kali SUKA diperkenalkan di DUN SAT. Program pada petang tadi (29.9.2021) team SUKA telah menyampaikan sumbangan swap test covid, mask dan edaran SelangorKini di pasar petang Kampung Simpang 4 BNO. Sambutan dari pengunjung diluar jangkaan kerana program yang dijangka mengambil masa sejam hanya 30 minit sahaja masa diperlukan.
Ini sangat memberi motivasi dan iltizam kepada para peserta SUKA yang teruja walaupun kali pertama menyertai badan kesukarelawan. Ini ditambah lagi dengan turut sertanya Penyelaras PKM DUN SAT Dato’ Seri Rahim bin Ahmad bersama pegawai-pegawai PKM dan juga Pengerusi MPKK Kampung Simpang 4 BNO, Encik Mohd Hafiz Hambali dan pegawai keselamatan balai polis.
Terima kasih dari SUKA DUN SAT kepada Selcare Selangor dibawah pimpinan YB Dr Siti Mariah dan Dato’ Seri Menteri Besar, @Amirudin Shari yang mewujudkan badan sukarelawan ini dan terima kasih kami juga kepada semua yang terlibat. Insyaallah SUKA DUN SAT akan terus mendekati rakyat dan orangramai diprogram yang seterusnya.
Sekian.