Berikutan permintaan yang tinggi pada hari pertama program, SelVax Booster tidak lagi menerima kehadiran secara “walk-in”.
Warga Selangor yang ingin mendapatkan dos penggalak wajib melakukan pra-pendaftaran menggunakan kod baucer di aplikasi SELangkah

Langkah-langkah untuk mendaftar boleh ditonton melalui video berikut:
- Di skrin utama Selangkah App, tekan butang “Selvax” –> Self Booking –> Booster Dose.
- Masukkan maklumat peribadi
- Sahkan dengan OTP
- Pilih lokasi dan tarikh vaksinasi
- Masukkan kod baucar sebelum ‘check out
- Bawa sekali lagi ke janji temu
Nota:
- Status vaksinasi anda akan diselaraskan serta-merta dengan aplikasi MySejahtera anda. Jadi pastikan status anda di MySejahtera telah dikemaskini sebelum anda meninggalkan klinik.
- Jumlah baucar untuk setiap klinik setiap hari adalah terhad. Jika anda terlepas janji anda, sila buat tempahan baharu.
***Anda boleh mendapatkan kod baucer menerusi poster di atas.
