EXCO Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud serta YB Dr Zaliha Mustafa bersama ahli-ahli Majlis Penasihat Kesihatan Awam Selangor (SELPHAC) bergambar ketika menghadiri perbincangan tentang dasar dan isu-isu berkaitan kesihatan awam pada 13 Mac.
Majlis Penasihat Kesihatan Awam Selangor (SELPHAC) ditubuhkan sebagai salah satu langkah proaktif melindungi rakyat negeri ini menerusi sistem kesihatan awam dengan lebih efektif.
EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud dan pasukan membawakan pandangan dan pengalaman tentang usaha dan program yang telah dimulakan di Selangor seperti digitalisasi, saringan kesihatan, ’partnership programme’ – SELHEP, kemudahan saringan bagi golongan kurang upaya dan pelbagai lagi.
Juga mendengar perkongsian daripada Menteri Kesihatan iaitu YB Dr Zaliha Mustafa berkenaan inisiatif yang sedang giat dilaksanakan di peringkat Kementerian. EXCO Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berharap agar lebih banyak kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri dapat diterokai dan direalisasikan demi manfaat rakyat.