Program Vaksinasi Bergerak di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma
🗓️ Tarikh: 10 Oktober 2021
📍 Tempat: Pangsapuri Baiduri Bandar Tasik Kesuma
Hari ini mobilisasi vaksin dijalankan di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma Beranang, iaitu bagi mencapai “herd immunity” di kawasan tersebut.
Program ini berjalan dengan lancar bermula dari jam 9:00 pagi sehingga 3:00 petang. Sebanyak 257 vaksin telah diberikan kepada pendaftar vaksin di kawasan sekitar ini, 67% daripada penerima adalah bukan warganegara dan 33% adalah warganegara Malaysia.
Pihak PKM Penyelaras Dun Semenyih telah menjalankan dua kali bancian rumah ke rumah bagi mengenal pasti isi rumah yang belum mendapat sebarang temujanji vaksinasi.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha ini, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang bertungkus lumus bagi menyediakan vaksin dan tenaga sukarela.
Tidak lupa juga terima kasih kepada Dr Ong Kian Ming ( Ahli Parlimen Bangi ), Pasukan Unit Tindak DAP Bangi, Pengerusi Surau Al-Falah Pangsapuri Baiduri yang menyediakan ruang, team SUKA Dun Semenyih dan semua sukarelawan yang turut serta sepanjang program ini berjalan, bagi membantu dari segi tenaga kerja dan lain-lain lagi.
Terima kasih tidak terhingga kerana tanpa sokongan dari semua pihak program ini tidak dapat dijalankan dengan jayanya.
BERITA DARI #SUKASemenyih