Covid19 akibatkan pelbagai masalah mental. Kami di SEHAT (Selangor Mental SEHAT) boleh membantu anda.Anda tidak bersendirian. SEHAT adalah platform saringan awal kesihatan mental. SEHAT akan bantu secara maya melalui talian sokongan psikososial SEHAT, forum SEHAT dan video pendidikan kesihatan mental.

Jom download aplikasi selangkah untuk gunakan platform SEHAT.
SELANGKAH adalah aplikasi komprehensif yang mempelopori pencarian jejak di malaysia dan telah berkembang secara konsisten dengan tindak balas masyarakat terhadap wabak covid-19. Modul SEHAT di dalam aplikasi Selangkah akan dilancarkan secara rasmi pada akhir Ogos.