Alhamdulillah, program pertama SUKA DUN MERU menyantuni masyarakat kg Bukit Cherakah Jaya, Dun Meru mendapat perhatian yang sangat positif dari orang ramai walaupun baru pertama kali group SUKA diperkenalkan di Dun Meru.
Pagi ini 2hb Oktober 2021, team SUKA telah ke masjid Al Barokah kg Bukit Cherakah Jaya untuk sanitasi masjid.
Seterusnya kami ke 7 buah rumah yg positif covid-19 dan selesai habis kuarantin untuk membuat sanitasi.
Masyarakat sangat berterima kasih atas usaha dan keperihatinan MPKK dan team SUKA.
Turut serta dalam mendekati rakyat hari ni Pengerusi MPKK iaitu Tok Mohd Sharif Othman dan AJK MPKK Kg Bukit Cherakah Jaya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan kepada ADUN Meru, YB Tuan Mohd Fakhrulrazi yang banyak memberi semangat dan galakan kepada kami.
In Shaa Allah SUKA Dun Meru akan terus mendekati rakyat.