Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan Negeri Selangor telah memperuntukkan dana untuk Geran Perpaduan “KITA SELANGOR” iaitu peruntukkan khusus yang akan diberikan kepada agensi-agensi, persatuan-persatuan dan juga badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjalankan program-program dan juga aktiviti kempen berkaitan perpaduan.
Permohonan Geran Perpaduan “KITA SELANGOR” 2023 kini dibuka!
Geran Perpaduan “KITA SELANGOR” merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan bagi:
- Memperkukuhkan mesej perpaduan melalui program, penyelidikan atau insiatif one off atau berkala.
- Insiatif perpaduan yang melibatkan rakyat dari pelbagai latar belakang.
- Solusi menyelesaikan masalah perkauman.
ANDA DIJEMPUT UNTUK MEMOHON!
Agensi-agensi, persatuan-persatuan dan juga badan bukan kerajaan (NGO) dijemput memohon dengan menghantar kertas cadangan bagi menjalankan program-program dan juga aktiviti kempen berkaitan perpaduan dengan jumlah keseluruhan dana sebanyak RM250,000.
Maklumat lanjut tentang Geran Perpaduan “KITA SELANGOR” dan borang permohonannya boleh didapati di https://bit.ly/Permohonan-Geran-Perpaduan-Kita-Selangor.
Sebarang soalan atau pertanyaan berkaitan Geran Perpaduan “KITA SELANGOR” boleh diajukan kepada pihak Jawatankuasa melalui e-mel di mpiselangor@gmail.com.