PELANCARAN SUKARELAWAN KESIHATAN KOMUNITI SELANGOR (SUKA) 2021
🗓 14 Oktober 2021 (Khamis)
⏰ 9.00 am – 12.00 pm
📍 Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang
Pelancaran Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) 2021 pagi ini telah berlangsung dengan meriah dan jayanya dan selesai dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, diiringi oleh Exco Kesihatan Awam Selangor, Yang Berhormat Dr Siti Mariah Mahmud.
SUKA komited membantu Kerajaan Negeri mewujudkan sebuah komuniti yang sihat sejahtera dalam aspek fizikal dan mental melalui aktiviti dan program setempat yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesedaran orang awam.
Bagi menjayakan objektif SUKA, sukarelawan akan dilatih dalam pelbagai siri modul latihan pengetahuan dan kemahiran asas khususnya berkenaan Covid-19.
Selain dari program kesihatan awam khusus Covid-19, SUKA juga akan melaksanakan program kesihatan awam seperti pencegahan penyakit berjangkit, program kesihatan mental dan program kesihatan khusus warga emas, kanak-kanak dan remaja.
Semoga SUKA berjaya mewujudkan komuniti Selangor yang sihat sejahtera. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan terus memberi sokongan kepada SUKA.
“SUKA; Sihat Bersama”