PERBINCANGAN MEJA BULAT KRT
Bersempena kempen WBS #JINGGAkandunia dan #ORANGEtheworld, Wanita Berdaya Selangor telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat (Roundtable Discussion) Keganasan Rumah Tangga (KRT) bagi membincangkan Deraf Pelan Tindakan KRT Negeri Selangor 2022 bersempena sambutan global 16 Hari Aktivisme Menentang Keganasan Berasaskan Gender (16 Days of Activism Against Gender Based Violence).
Perbincangan Deraf Pelan Tindakan KRT Selangor yang diadakan secara hybrid dihadiri oleh YB Dr Siti Mariah selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga pemegang taruh dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO), PDRM dan pihak berkepentingan lain yang hadir bagi memberi maklum balas dan idea tuntas Deraf tersebut.
Antara penekanan yang diberikan oleh ahli perbincangan ialah memberi keutamaan kepada pemandiri (survivors), ahli keluarga, pelaku dan komuniti setempat menerusi pencegahan dan intervensi awal, advokasi, pendanaan, penyelidikan dan pembangunan kapasiti bagi mengekang keganasan rumah tangga.
Terima kasih, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor untuk kemudahan tempat diskusi dan infrastruktur yang cukup selesa untuk kami.
#JINGGAkandunia #ORANGEtheworld
#16daysofactivism
#wanitaberdayaselangor
#violenceagainstwomen