Majlis Sambutan Hari Orang Kurang Orang Upaya (OKU) Sedunia peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 3 Disember 2021 bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Majlis bertujuan menghargai dan mengiktiraf golongan OKU, memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai OKU daripada pelbagai peringkat umur serta mengeratkan hubungan antara anak istimewa dan warga OKU dengan ibu bapa dan keluarga mereka.

Majlis yang telah dilancarkan oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud, Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan, Wanita dan Keluarga Negeri Selangor.

Turut hadir ialah wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Puan Gan Pei Nei, Pengurus Besar, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Tuan Hj Mohammad Hanafi Maulud, Pengerusi, Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS) dan Dr. Hasnah Toran, Pengerusi, Majlis Penasihat Anak Istimewa Selangor (ANIS).

Semoga dengan program ini, dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai OKU bahawa mereka juga perlu disayangi, disantuni dan dihormati.bertujuan menghargai dan mengiktiraf golongan OKU di negeri ini.

#AnakIstimewaAnakKita
#BerdayaMandiriLestari