Selangor terdiri daripada 54% kaum Melayu/Bumiputera, 24% kaum Cina, 11% kaum India dan penduduk bukan warganegara Malaysia sebanyak 9%.

Kepelbagaian yang wujud bukan sahaja dari sudut kaum dan warganegara, tetapi juga dari sudut kenegerian. Migrasi besar-besaran telah berlaku sekian lama ke dalam negeri Selangor atas faktor peluang ekonomi.

Demi mewajahkan contoh teladan negara bangsa yang madani dan bersatu padu, Kerajaan Negeri menubuhkan Majlis Perpaduan dan Integrasi Selangor (MPIS).

MPIS diwujudkan atas aspirasi untuk melihat seluruh rakyat di Negeri Selangor dapat hidup secara harmoni, berintegrasi dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Maka, kami menjemput kepada semua warga Selangor dan rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam Majlis Perasmian MPIS dan webinar sepeti berikut:

Majlis Perasmian Majlis Perpaduan dan Integrasi Selangor (MPIS)
dan
Webinar: Selangor Jantung Perpaduan Negara

03 Julai 2021 (Sabtu)
8.30 – 10.30 Malam

Dirasmikan oleh:
YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari
Menteri Besar Selangor

Ucapan Alu-aluan:
YB Dr Siti Mariah
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga

Barisan Panelis:
1) Encik K Thanabal (Ahli MPIS)
2) Encik Kuan Chee Heng (Aktivis Sosial)
3) Prof Madya Dr Mohd Mahadee (Pensyarah, UPM)

See less