Pada 2 Februari 2023 lalu EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkesempatan hadir ke Majlis Penyerahan Surat Tawaran bagi Program Independent Living Support Centre (ILSC) di Rumah Amal Cheshire, Selayang.
Alhamdulillah Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan ANIS telah menawarkan kepada 8 orang pelajar untuk menjalani kursus dalam bidang bakeri di Rumah Amal Cheshire.
Suka untuk saya sebutkan, selepas mengikuti sesi pengajian maksimum 6 bulan, para pelajar akan dianugerahkan sijil yang setara dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM3) dan juga jaminan pekerjaan mengikut kursus yang telah diikuti.
Saya berharap agar inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada golongan OKU lepasan sekolah untuk meneruskan kehidupan secara normal iatu mendapat pekerjaan yang baik. InsyaAllah mereka akan dibekalkan dengan kemahiran tertentu bagi mendepani cabaran kerja untuk kelangsungan hidup pada masa akan datang.