Telah berlangsung satu Bengkel Pembinaan Kapasiti Untuk Pentadbiran Inklusif anjuran Pusat KOMAS dengan kerjasama Pejabat Exco Perpaduan YB Dr Siti Mariah dan Majlis Perpaduan & Integrasi Negeri Selangor – MPIS pada 23 November 2021.
Bengkel bertujuan untuk menyediakan peluang bagi kakitangan kerajaan negeri dan tempatan untuk mempelajari serta memperakui tindakan yang tidak berasaskan perkauman dalam pelaksanaan polisi.
Bengkel ini juga merangkumi pendidikan berkaitan norma antarabangsa serta piawaian anti-diskriminasi yang akan membantu meningkatkan pengetahuan am rakyat sekaligus membendung masalah perkauman kaum di Selangor ke arah mempraktikkan polisi yang inklusif untuk semua.
Terdapat 3 sesi penekanan topik utama dalam bengkel ini :
SESI 1 – Malaysia, Negara Kepelbagaian dan Perpaduan?
SESI 2 – Piawaian tanpa diskriminasi – Perlembagaan Malaysia
SESI 3 – Penyampaian dan Penilaian Perkhidmatan yang Inklusif dan Responsif
Turut hadir ke program ini adalah wakil dari ahli MPIS, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Selangor – Rasmi, Institut Darul Ehsan-IDE dan Wanita Berdaya Selangor (WBS).
#SelangorJantungPerpaduanNegara