Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan.

Bantuan Didik ANIS ini terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.

Peruntukan Bantuan Didik ANIS ini diberikan secara ONE-OFF kepada pemohon.

CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang www.anisselangor.com/didikanis
  2. Pemohon diminta untuk muat turn borang yang diisi di website dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  4. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal di alamat berikut ini

Pusat ANIS, East Entrance, Lot G26-28 ,
Tingkat G Bangunan IDCC,
Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor