Khidmat Kecemasan Banjir
Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) dari pelbagai DUN turun membantu mangsa banjir sejak Sabtu 18hb Disember. Antara kerja-kerja bantuan yang dilaksanakan oleh Team SUKA ialah memasak makanan untuk diagihkan, mengedarkan sumbangan orang ramai meliputi bekalan makanan, barangan kebersihan diri dan keperluan tidur, serta membersihkan rumah mangsa banjir.
Malah, ada Team SUKA yang terlibat dengan operasi menyelamat mangsa banjir yang terkandas menggunakan bot, serta memotong pokok-pokok tumbang di kawasan banjir.
Team SUKA akan terus membantu komuniti setempat pasca banjir bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan keselesaan awam terjaga dan kehidupan mereka yang terjejas dapat pulih segera.