Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) Dun Batang Kali dengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dun Batang Kali menganjurkan sanitasi awam percuma untuk taska dan tadika sempena permulaan sesi persekolahan pada Isnin ini.

Program yang bermula pada 2 sehingga 3 Oktober ini mensasarkan sepuluh buah institusi pra-sekolah sekitar Batang Kali.

Senarai sekolah yang terlibat adalah :
1. Tabika Perpaduan Apt Dahlia, Taman Bunga Raya
2. Pusat Anak Genius Negara, Apt Kenanga, TBR
3. Pasti Al Faizin, Apt Anggerik, TBR
4. Tabika Perpaduan, Apt Teratai, TBR
5. Tadika Sri Integrasi Al Amin, Bukit Beruntung
6. Tadika Intergrasi Cemerlang
7. Taska Sri Marqiesar, Bukit Beruntung
8. Tadika Sumber Bijak, Bandar Sungai Buaya
9. Tadika Little Daie, Oasis Batang Kali
10. Taska Little Daie, Oasis Batang Kali

Objektif program ini adalah bagi memastikan persekitaran yang lebih sihat dan selamat untuk anak-anak pelajar, ibu bapa dan tenaga pendidik. Kami juga berharap agar usaha ini mampu mengelakkan taska dan tadika menjadi lokasi berpotensi penyebaran wabak.

Semoga ikhtiar kecil ini dapat diperluaskan sekiranya ada kesempatan yang lain. SUKA DUN Batang Kali akan sentiasa cakna dengan kesihatan komuniti demi membentuk masyarakat yang lebih sihat.